Welcome To My Paradise !!  Budak comeii || Follow or Dashboard
I'm Yours
About Future Entries


denggi
Friday, February 20, 2015 | Friday, February 20, 2015 | 0 comments


assalamualaikum and hi everybody. today saya nak bagitahu yang Am masuk hospital. sebab apa? sebab dia demam denggi. ya allah sumpah terkejut bila dapat tahu. Act, dia dah lama demam. ingatkan demam biasa. sampai satu tahap tu dia bawak kereta nak balik Gmi hampir accident dua kali. sebab dia tertidur. sakit sangat katanya.
hari isnin tu dia tak pergi kelas, jadi saya mintak kawan bilik dia Amri bawak dia pergi klinik. habis je kelas saya bergegas ke klinik. alangkah terkejutnya bila Am cakap dia demam denggi. time tu jugak lah saya nangis tak dapat tahan. tak pernah tengok dia sakit macamtu sekali. ya allah, risau sangat.
sekarang ni dia dekat kajang plaza medical centre. dapat jaga dia dua malam je lepastu balik seremban dah. lepas saya balik seremban dia pun demam, sakit Am pun bertambah. ya allah. masa tu perasaan aku hanya allah saja yang tahu. aku tak tahu nak buat apa, hanya mampu bagi Am sokongan untuk terus sihat melalui handphone je.
inshaallah isnin ni kalau diizinkan aku balik Gmi, supaya senang nak jaga Am kat sana. semoga cepat sihat ye Am. kitorang semua rindu kau, terutamanya tunang kau ni. inshaallah, amin.

Older Post | Newer Post